VIDEO PILIHAN

Sunday, December 11, 2011

PIRAMID MAKANAN



PILIH MAKANAN DARIPADA BIJIRIN DAN KEKACANG

BIJIRIN PENUH
   Kaya dengan fiber, karbohidrat kompleks, vitamin B dan mineral tertentu.

KEKACANG
   Kaya dengan protin tumbuhan dan fiber yang baik.


LEBIHKAN  MEMAKAN SAYURAN DAN BUAHAN
         Makan pelbagai sayuran terutama yang berwarna hijau dan kuning tua.
         Sediakan sayuran tanpa / kurang  lemak.
         Sayuran segar dan ulam lebih  digalakkan dalam sajian.
         Utamakan buahan sitrus, tembikai dan betik.
         Makan buah sebagai snek atau pencuci mulut.
         Minum air perahan buah tanpa gula.

PILIH MAKANAN RENDAH  LEMAK DAN KOLESTEROL
·        Pilihan yang baik :
            - Ikan atau ayam berbanding daging.
            - Gantian satu hidangan protin harian kepada protin tumbuhan.
            - Produk rendah lemak.
·        Modifikasi masakan
·        Kurangkan makanan tinggi lemak tepu.
- Sebahagian lemak haiwan.
- Coklat, majerin tepu.
- Makanan terproses.
- Minyak kelapa  & santan.
·        Kurangkan makanan tinggi kolesterol.
- Lemak haiwan,minyak sapi.
- Organ dalaman haiwan.
- Susu penuh krim, dadih, keju,
  aiskrim, krim dan mentega.
- Kuning telur & hasilnya.
- Kerangan laut.
- Makanan terproses.

PILIH MAKANAN KURANG GULA DAN GARAM

BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
·        Penting untuk fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh dan perkumuhan.
·        Minum 6 – 8 gelas air sehari.
·        Kurangkan minuman bergula dan berkarbonat bagi mengelakkan penambahan kalori dan pengawet yang tidak perlu.

MAKAN MAKANAN YANG BERSIH DAN SELAMAT
         Sediakan makanan dalam keadaaan bersih untuk mengelakkan pencemaran makanan.
         Makan di premis yang bersih.
         Amalkan cara menyimpan, menyediakan dan menyaji makanan dengan selamat

Malaysia Art Book Fair


PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT


Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 Punca Penyebab Penyakit Dari Perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga
.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.


Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

MAKAN SEDIKIT TETAPI BANYAK KALI !!


Makan Sedikit Tetapi Banyak Kali !!

         Konsep ini sukar diterima kerana bimbang dengan makan banyak, jumlah kalori .
         Keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin pembakaran tenaga.

7 alasan kenapa perlu makan sedikit sedikit tetapi boleh banyak kali.....
  
1.     Melajukan BMR

2.     Mengawal rasa lapar 

3.     Sentiasa bertenaga 

4.     Meningkatkan pembentukan otot 

5.     Mengelakkan penguraian otot 

6.     Memperbaiki penyerapan zat makanan 

7.     Mengurangkan simpanan lemak tubuh

KOMPONEN PEMAKANAN SIHAT




JADIKAN  WAKTU  MAKAN  SEBAGAI  MASA  YANG BERFAEDAH  DAN  MENYIHATKAN  UNTUK  SEISI  KELUARGA
Makan merupakan salah satu aktiviti keluarga yang penting yang perlu dikongsi bersama. Keluarga sepatutnya menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan dengan makanan seperti pembelian, pemilihan dan penyediaan makanan sebagai aktiviti bersama.
Bayangkan betapa seronoknya anda menikmati makanan bersama-sama keluarga dan betapa pentingnya makanan dalam majlis-majlis sosial dan kerohanian.

AMALAN PEMAKANAN SIHAT BOLEH DIPUPUK DI RUMAH
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.

MAKANAN DAN PEMAKANAN
  • Pengetahuan mengenai makanan dan ciri-cirinya adalah penting untuk memberi nasihat pemakanan, menilai pengambilan makanan dan merancang menu atau hidangan makanan.
  • Di Malaysia, makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut zat-zat penting yang terkandung di dalamnya.  Cara ini menyenangkan kita merancang satu hidangan makanan yang seimbang. 
  • Makanan untuk memberi tenaga
    • Makanan yang kaya dengan karbohidrat (kanji) seperti nasi, gandum, ubi-ubi dan gula.
    • Makanan yang kaya dengan lemak dan minyak, seperti minyak masak, majerin, mentega dan kacang.
  • Makanan untuk membina badan
    • Makanan yang kaya dengan protein daripada sumber haiwan (ikan, telur, daging, susu) dan daripada sumber tumbuhan (bijirin seperti nasi, gandum, jagung dan kekacang seperti kacang dhal, kacang hijau dan kacang soya).
  • Makanan untuk menjauhkan penyakit
    • Makanan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. 
  • Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan mengandungi lebih daripada satu zat.  (Jadual kandungan zat makanan yang dikembarkan menunjukkan jenis-jenis zat makanan dan banyaknya di dalam bahan-bahan makanan tempatan).
  • Punca utama untuk tenaga di Malaysia ialah nasi, keduanya gandum.  Kedua-dua makanan ini kaya dengan karbohidrat dan juga membekalkan sebahagian daripada protein untuk keperluan badan kita.  Minyak dalam masakan, santan kelapa dan daging yang berlemak juga merupakan sumber tenaga dalam makanan harian penduduk di sini
  • Sumber protein kita ialah daripada ikan, telur, daging, nasi, gandum dan kekacang.  Protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan kurang dihadamkan daripada protein haiwan dan mempunyai nilai protein yang rendah kerana ia tidak mengandungi beberapa asid amino yang penting.  Tetapi campuran beberapa protein tumbuh-tumbuhan dalam satu hidangan boleh menyeimbangkan kandungan asid amino yang penting itu.
  • Protein sumber haiwan mengandungi lebih asid amino yang penting.  Setengah makanan sumber haiwan boleh membantu dalam penyerapan zat besi ke dalam badan.  Oleh itu adalah digalakkan supaya makanan keluarga mengangungi ikan atau tauhu atau daging untuk mendapat zat yang mencukupi.  Vitamin dan garam galian didapati daripada sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan yang berwarna kuning atau merah.  Pada amnya lebih pekat warna daun atau buah-buahan, lebih berzat makanan itu.