VIDEO PILIHAN

Wednesday, October 19, 2011

PENYAKIT BERJANGKIT DAN PENULARANNYA

Dari tahun 1980 sehingga 1990, banyak usaha telah dijalankan kerajaan untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Antaranya ialah program imunisasi dan vaksinasi. Program yang bersifat pencegahan dan kawalan itu lazimnya dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik serta hospital (kerajaan dan swasta). Hasilnya, penyakit berjangkit yang dibawa air dan makanan telah dapat dikawal dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, misalnya.

Dalam konteks itu, bekalan air yang bersih kepada penduduk dan penyeliaan kebersihan di tempat makan awam dipantau dari masa ke masa. Akan tetapi, sikap pengusaha kantin, restoran dan penjaja amatlah dikesali. Mereka didapati lebih mementingkan keuntungan daripada kebersihan dan mutu makanan yang mereka saji. Akibatnya, pelbagai penyakit bawaan air dan kekotoran makanan sering terjadi di Malaysia. Antaranya ialah kolera, cirit birit dan hepatitis

No comments:

Post a Comment