VIDEO PILIHAN

Sunday, December 11, 2011

KOMPONEN PEMAKANAN SIHAT




JADIKAN  WAKTU  MAKAN  SEBAGAI  MASA  YANG BERFAEDAH  DAN  MENYIHATKAN  UNTUK  SEISI  KELUARGA
Makan merupakan salah satu aktiviti keluarga yang penting yang perlu dikongsi bersama. Keluarga sepatutnya menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan dengan makanan seperti pembelian, pemilihan dan penyediaan makanan sebagai aktiviti bersama.
Bayangkan betapa seronoknya anda menikmati makanan bersama-sama keluarga dan betapa pentingnya makanan dalam majlis-majlis sosial dan kerohanian.

AMALAN PEMAKANAN SIHAT BOLEH DIPUPUK DI RUMAH
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.

MAKANAN DAN PEMAKANAN
  • Pengetahuan mengenai makanan dan ciri-cirinya adalah penting untuk memberi nasihat pemakanan, menilai pengambilan makanan dan merancang menu atau hidangan makanan.
  • Di Malaysia, makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut zat-zat penting yang terkandung di dalamnya.  Cara ini menyenangkan kita merancang satu hidangan makanan yang seimbang. 
  • Makanan untuk memberi tenaga
    • Makanan yang kaya dengan karbohidrat (kanji) seperti nasi, gandum, ubi-ubi dan gula.
    • Makanan yang kaya dengan lemak dan minyak, seperti minyak masak, majerin, mentega dan kacang.
  • Makanan untuk membina badan
    • Makanan yang kaya dengan protein daripada sumber haiwan (ikan, telur, daging, susu) dan daripada sumber tumbuhan (bijirin seperti nasi, gandum, jagung dan kekacang seperti kacang dhal, kacang hijau dan kacang soya).
  • Makanan untuk menjauhkan penyakit
    • Makanan yang kaya dengan vitamin dan garam galian, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. 
  • Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan mengandungi lebih daripada satu zat.  (Jadual kandungan zat makanan yang dikembarkan menunjukkan jenis-jenis zat makanan dan banyaknya di dalam bahan-bahan makanan tempatan).
  • Punca utama untuk tenaga di Malaysia ialah nasi, keduanya gandum.  Kedua-dua makanan ini kaya dengan karbohidrat dan juga membekalkan sebahagian daripada protein untuk keperluan badan kita.  Minyak dalam masakan, santan kelapa dan daging yang berlemak juga merupakan sumber tenaga dalam makanan harian penduduk di sini
  • Sumber protein kita ialah daripada ikan, telur, daging, nasi, gandum dan kekacang.  Protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan kurang dihadamkan daripada protein haiwan dan mempunyai nilai protein yang rendah kerana ia tidak mengandungi beberapa asid amino yang penting.  Tetapi campuran beberapa protein tumbuh-tumbuhan dalam satu hidangan boleh menyeimbangkan kandungan asid amino yang penting itu.
  • Protein sumber haiwan mengandungi lebih asid amino yang penting.  Setengah makanan sumber haiwan boleh membantu dalam penyerapan zat besi ke dalam badan.  Oleh itu adalah digalakkan supaya makanan keluarga mengangungi ikan atau tauhu atau daging untuk mendapat zat yang mencukupi.  Vitamin dan garam galian didapati daripada sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan yang berwarna kuning atau merah.  Pada amnya lebih pekat warna daun atau buah-buahan, lebih berzat makanan itu.



    No comments:

    Post a Comment