VIDEO PILIHAN

Wednesday, October 12, 2011

PENYAKIT BERJANGKIT




Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh kumanbakteriavirusracun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.

Penyakit berjangkit adalah fenomena biososial. Ia boleh wujud dalam mana-mana masyarakat sejak dahulu hingga kini. Ia sama ada disebabkan agen infeksi atau bahan-bahan toksik yang merbahaya kepada manusia.

Oleh sebab ia, telah membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, antara banyak yang lain. Ia boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembangunan negara, terutamanya dari segi pembangunan sumber manusia. Laporan ini cuba menyentuh beberapa jenis penyakit berjangkit yang umum di Malaysia, punca penularannya, langkah pengawalannya dan arah perkembangannya.

Sukar dielakkan hubungan yang kompleks antara  manusia dengan mikroorganisma patogenik dalam usaha pihak berwajib merangka program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.

No comments:

Post a Comment