VIDEO PILIHAN

Sunday, December 11, 2011

BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI


Aktiviti berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari boleh membantu seseorang untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr. Rahim Abdul Rahman berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan, aktiviti berjalan kaki merupakan senaman terbaik dan mudah bagi golongan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian.

Katanya, dengan berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari seseorang itu diibaratkan melakukan beberapa senaman seperti berbasikal, berenang dan beberapa aktiviti kecergasan lain.
‘‘Senaman ini adalah mudah untuk dilakukan dan menjimatkan kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira waktu.
‘‘Sekiranya ia dilakukan secara konsisten, seseorang itu mampu mengekalkan berat badan ideal di samping dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya,” katanya semasa merasmikan Program 10,000 Langkah Peringkat HSA, di sini hari ini.

Dr. Rahim berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada semua kakitangan dan dijangka menjadi aktiviti bulanan hospital itu bermula bulan depan.
‘‘Kita merancang untuk menjadikannya sebagai aktiviti bulanan di HSA dan sekiranya tidak ada sebarang halangan, setiap Khamis bermula Mei ini akan dijadikan hari untuk program itu,” jelasnya.
Seramai 200 kakitangan HSA di pelbagai jabatan menyertai program tersebut bagi membuktikan sokongan mereka terhadap program itu.

No comments:

Post a Comment