VIDEO PILIHAN

ALUAN


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia Nya dapat saya menghasilkan blog ini. Dengan ini bermakna blog ini telah berjaya membuktikan bahawa semangat, kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu dalam usaha pendokumentasian peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2011.


Penubuhan blog Cikgu Norizan ini bermula pada tahun Oktober 2011 dan usaha tersebut diteruskan hingga kini. Blog Cikgu Norizan ini diwujudkan khusus untuk memenuhi tuntutan melengkapkan pengajian jarak jauh bagi mendapatkan segulung ijazah dan membekalkan para guru dan pembaca maklumat tentang pendidikan jasmani dan kesihatan serta info kesihatan terkini dan maklumat lain yang berkaitan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bimbingan Prof. Rasyidah Shaari. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada keluarga tersayang terutamanya suami yang sangat dikasihi ..... Bin..... dan puteri kami Auni Fatihah yang membantu meringankan kerja-kerja penyediaan maklumat dan idea dalam penghasilan blog ini.

Selain itu, terima kasih juga kepada seluruh warga SK Segari, Lumut yang memberi kerjasama dan dorongan secara langsung atau tidak langsung.

Akhir kata, saya berharap agar penghasilan blog ini akan memberi satu impak kepada satu usaha yang murni dalam memberi warga guru dan pembaca yang dihormati dalam segala aspek kehidupan di dunia dan akhirat. Semoga blog ini akan menjadi wadah ilmu dan titian penghubung kepda generasi ayng akan datang.

Sekian...


Ayuh Semarakkan Penggunaan

Bahasa Melayu Sepanjang
Bulan Bahasa Kebangsaan Ini,

BAHASA JIWA BANGSA